Wednesday 21 January 2015

Kinetic Sand - Mainan Pasir

Setuju atau tak zaman sekarang ni rata-rata kanak-kanak hanya suka bermain dengan peralatan gadjet.Rata-rata kanak-kanak membesar di dalam persekitaran yang mana seisi rumah menggunakan ipad atau handpon utk bermain. Kanak-kanak lebih suker bermain game yang boleh dimuat turun melalui internet. Permainan sperti zaman kanak-kanak kita dulu sdh bkn menjadi permainan kanak-kanak zaman sekarang. Ada kebaikkan ada keburukannya 

Tahukan anda Jika ibu bapa pandai memilih jenis permainan untuk anak mereka, ianya mampu membantu perkembangan mental dan fizikal anak kita 

Bermain pasir salah satu sebagai contoh. Ianya merupakan antara permainan yang memberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak. Jari-jemari kecil yang menggenggam, mengepal serta membentuk pasir dapat membantu perkembangan deria sentuhan dan mengasah skil pergerakan jemari yang halus (fine sensorimotor skills). Selain itu, daya kreativiti dan imaginasi anak anda juga dapat ditingkatkan.
Bermain dengan pasir bukan sekadar bermain tetapi ia juga merupakan sebuah proses pembelajaran yang dapat meningkatkan daya tumpuan atau fokus anak anda. Kesemua faedah bermain pasir ini sememangnya dapat menjadikan anak anda lebih pintar dan cergas.
Namun, ibu bapa jarang memberi peluang kepada anak mereka bermain pasir kerana tidak selalu ke pantai. Tidak ramai juga yang ingin menyediakan mainan pasir atau sandbox di rumah kerana ia sangat leceh, cepat bersepah serta sukar dibersihkan.

Kini kita tidak perlu bawa anak kita ke pantai tuk bermain pasir. Perkenalkan Kinetic Sand .Bukan pasir biasa tapi luar biasa :-)



* Campuran 98% pasir & 2% polimer organik.
* Mudah melekat antara satu sama lain & senang dileraikan yang penting tidak melekat pada 
  tangan
* Tidak kering sentiasa lembap agar mudah dibentuk
* 100% selamat kerana ianya tidak bertoksik bebas gluten(sesuai tuk kanak-kanak yang mem
  punyai alergik)
* Tidak perlu campur air langsung.
* Sesuai bukan sahaja pada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa(untuk tujuaan rekacipta, 
  pendidikan, pelan bangunan dan lain-lain)
* Bebas gluten, bebas kotoran & bebas habuk (bebas alergi)


Kelebihan produk?
* Membantu merangsang perkembangan kemahiran fine motor.
* Permainan open-ended & non-directed play.
* Tidak melekat di tangan.
* Sebagai terapi sensori.
* Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas.


Berat sekotak Kinetic Sand 1 kg

Dengan ciri-ciri yang ajaib ini, ibu bapa tidak perlu risau meletakkannya di dalam rumah. Kanak-kanak pasti lebih teruja untuk bermain dengan pasir bila-bila masa, meneroka imaginasi tanpa sempadan. Kebaikan yang lain? Anda dapat mengalihkan perhatian mereka daripada ketagih bermain dengan iPad!
Berminat??
Whatsapp/sms Su 016 5076 928

Harga Sekotak Kinetic Sand ini
RM50
kos PosLaju RM10sm & RM15ss

No comments:

Post a Comment